Pemotong Kayu Yang Jujur
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman,  tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya  hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk  dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa  dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu  pagi.......
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk  menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si  isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi  sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok  dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan  tidak jua dia berhenti.....
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu  terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam.  Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki...  hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan  nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat  kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua...  kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut  diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi  menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau  yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam  sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa  kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini  bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas  ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke  dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua  kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa  pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari  membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak  itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari  menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak  emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira.  Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si  isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua  itupun sihat...
 
No comments:
Post a Comment